18 March
- Gerak dr rumah around 9am. Ikut hiway Guthrie, singgah breakfast di RR.
- Perjalanan smooth, jumpa roadblock (dlm ati dah cuak ni). Keta dpn yang mencilok kami tu kena, Alhamdulillah kami tak ditahan.
- Tepat 2pm melepasi Tol nak masuk Pulau. Finally, sampai gak Penang.
- Trus cari Copthorne Orkid dan check-in.
- Lapar, lunch di Subaidah mamak.
- Rest di bilik, then petang bwk 3Ir main2 dipantai dan kolam.
- Mlm pi Feringghi night market. Ramai org. Beli swim suit adik, sarung cushion dll.
19 March
- Hujan pagi. Lps mandi kolam, dpt info psl tmpt2 nk pegi dr brother yg jaga kolam. Tq bro, siap bagi peta info.
- Misi mencari nasi kandar Line Clear. Burrp alhamdulillah.
- Indoor activity, pi Akuarium di Batu Maung. Tak seberapa fish nye, tp okla sbb luar tu ada penyu dan buaya dan mcm2 jenis patrick (star fish).
- Round Balik Pulau. Cantik sgt permandangan. Jumpa 1 papan tanda "Jgn ikut jln ini jika hujan lebat giler" - JKR. huahahahha...
- Singgah Masjid Terapung.
- Masuk Toy Museum before masuk bilik.
- Petang ke Teluk Tempoyak untuk dinner ikan bakar yang sangat sedap.
20 March
- Butterfly Farm.
- Tak thn tgk air laut yg cantik, 4 beranak mandi laut di tengah panas matahari terpacak atas kepala. Stop bila Irfan kena jellyfish.
- Petangnya, 3Ir layan Kids Adventure Zone di Golden Sand Beach Resort. Lps tu Irdina dan Irfan naik kuda di tepi pantai.
- Ptg misi mencari Laksa, Char Kue Tiaw dan Pasembur di Pdg Kota Lama. Atas sbb yg tak dpt dielakkan tak jd mkn disini. Aiseh.
- Mkn mlm di area byk gerai2 tepi jln smbl tengok sunset (jln ke batu maung). Sedap giler Char Kue Tiaw.
21 March
- Mcm tak cukup je 4d3n. Sblm check-out, mandi kolam dan photoshoot.
- Plan nak ke Georgetown dibatalkan sbb mau segera serbu ke umah Wan. Rina dan Yati pon ada.
- Sesat salah masuk pulak ke Sungai Dua. Arahan tuan rumah adalah lalu Tol Sg Dua. hahahaha too excited.
- Acara mkn nasi ayam, cream puff dan cupcake yg sgtla sedap. Siap ditapau lagi. Sambil cerita lawak lucu kelakar, mmg happening. Tak puas beborak rasanye. Sian tuan rumah mesti penat. Tq bebanyak.
- On the way balik, di offer untuk msk pulau semula. Nak! Tapi kalo penat toksahla. Alang2 dah sampai, maka misi Laksa Penang dan Pasembur diteruskan. Dpt gak mkn di Pdg Kota Lama. Order laksa dan Char Kue Tiaw Udang. Misi Pasembur terpaksa dilupakan kerana dh tak tau nak letak mana.
- Pi Penang kena beli jeruk. Maka mencari Chowrasta la pulak. Pusing keliling jenuh gak la. Gigih jugak sbb dah tau ia mesti selari ngan Line Clear iaitu di Penang Road. Mission accomplished.
- Selesai maghrib di R&R Juru. 3Ir tido sepanjang jalan dan stop di Tapah R&R untuk supper.
- Alhamdulillah selamat sampai rumah pukul 1am.
Overall trip Penang memang best dan semua puas hati. Yeay!
Dlm kereta - On the way balik.



